Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas
Sekolah Amanah (Trust School)

Hari 3K ( Koperasi, Kantin dan Karnival Jubli Emas)

 

Karnival Jubli Emas Dan Hari 3K SMK PEKAN NANAS
Sempena meraikan 50 ulang tahun SMKPN, pihak kami akan menganjurkan Karnival Jubli Emas dan hari 3K (Hari Koperasi, Kantin, Kokurikulum) pada 26 Mei 2016 (Khamis) dari jam 8 pagi hingga 4 petang di SMKPN. 
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan Karaoke,Pertandingan Dart, Sukan Rakyat, Gerai jualan,Jualan buku dan Pameran (agensi luar). 
Semua penduduk Pekan Nanas, bekas pelajar SMKPN, ibubapa dan pelajar SMKPN dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Jubli Emas yang julung-julung kalinya diadakan di SMKPN ini. Mari…Mari…Mari…
Sesipa yang berminat untuk menyertai Majlis Makan Malam Amal Jubli Emas yang akan diadakan pada 29 Julai 2016 (Jumaat),

sila hubungi pejabat SMKPN di talian 07-6991261. Kami mengalu-alukan penyertaan penduduk Pekan Nanas, bekas pelajar dan bekas guru SMKPN, jangan lepaskan peluang kali ini untuk melawat bekas sekolah anda. Marilah memberi sokongan kepada SMKPN, sama-sama menjayakan Sambutan Jubli Emas !

JUBLI EMAS 

dd text, images, and other content

MAKLUMAN PELAJAR TINGKATAN 5

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perhatian : Majlis Graduasi dan taklimat SPM akan dijalankan seperti yang dirancang. Pelajar Ting 5 perlu hadir ke majlis. Pelajar Ting lain adalah dicutikan, sekiranya ada yang hadir boleh ke dewan untuk menyaksikan majlis tersebut . Peperiksaan Ting 4 ditangguhkan pada hari pemulangan buku Teks. Harap maklum.

Pelajar yang terlibat berkumpul di dewan terbuka pada jam 7.10 pagi 

*Makluman dan Arahan Daripada Pihak Pengurusan Sekolah

PROGRAM PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2015

Telah Dilaksanakan Pada Ketetpan Berikut

Hari   : Jumaat

Tarikh : 23.10.2015

Tempat : SMK Pekan Nanas

 

SEKOLAH DITUTUP PADA 30 SEPTEMBER 2015 (RABU)

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA

PENGENALAN

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

 APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

PANDUAN

Sila klik PANDUAN GURU untuk membaca dan memahami mengenai Frog VLE.  Panduan ini juga amat berguna untuk ibu bapa atau penjaga murid-murid SMK Pekan Nanas dalam usaha membantu anak-anak menggunakan Frog VLE ini di rumah. 

Iklan Raya 2013

Selamat Hari Raya Maf Zahir Dan Batin 

 Daripada Admin

Office 365 Di beri Percuma

Pihak kementerian telah membeli office 365 daripada microsoft yang mana akan diedarkan kepada guru-guru. Oleh itu diharapkan guru-guru dapat mengemaskini data maklumat mengikut format yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran akaun.» disini

TAKLIMAT DAN AGIHAN DONGLE BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN

 

Panduan Penggunaan Dongle

1.Langkah Pertama di sini 

2.Langkah Kedua di sini

3.Langkah ketiga di sini 

4.Langkah Keempat di sini 

BENGKEL "HANDS ON” APLIKASI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS ) DAERAH PONTIAN 2013

Maklumat Berkaitan SPS >> di sini dan di sini

JUMLAH PELAWAT